Friday, December 5, 2014

WARNA AIR KENCING TANDA PENYAKIT

Hi bertemu kembali sekali lagi...

Setiap kali uang air kecil, adakah anda perhati atau perasan akan warna air k ncing?  Adakah ia berubah warna atau sama setiap hari?  Biasanya air kencing akan berubah2 mengikut apa yang kita makan minum, jumlah air yang kita minum atau ubatan yang kita ambil.  Taukah anda warna air kencing juga membawa tanda penyakit??....JOMM terjah!!

Sebelum tu, biar saya kongsi dulu perubahan warna air kencing mengikut jumlah air atau menunjukkan cukup atau tidak air yang kita minum mengikut keperluan tubuh badan kita.




Sekarang kita lihat pula kaitan warna air kencing dengan penyakit tertentu:

1.  Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

2.  Kuning terang - disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

3. Kuning/ bata cair - menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.  Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.

4.  Kuning gelap - biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan atau mengalami dehidrasi.

5.  Warna gelap atau perang - mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

6.  Hitam atau warna gelap - menunjukkan melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

7.  Kemerahan atau kelabu - mungkin disebabkan oleh porphyria. Kencing merah memang kadang-kadang menandakan adanya darah dalam urin.  Secara klinikal dikenal sebagai hematuria atau kencing berdarah.  Hematuria boleh menjadi petanda adanya luka di ginjal. Namun darah boleh muncul dari mana saja sepanjang saluran kencing itu. Hematuria juga bisa menjadi tanda serius keadaan ginjal, hati, atau kandungan air kencing termasuk jangkitan pada pundi kencing, batu karang,  tumor, dan kanser.

8.  Kuning flores atau kehijauan fluorescent yellow - mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

9.  Keruh - mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.

10.  Kehijauan - mungkin disebabkan makanan atau minuman berwarna hijau seperti  asparagus. Urin berwarna hijau menunjukkan terbentuknya bilirubin, zat kimia berwarna hijau yang ditemukan dalam cairan hempedu dan dihasilkan oleh hati sehingga terjadinya penyakit kuning. Bilirubin yang berlebihan menunjukkan adanya penyakit hati dan pancreas. Warna hijau pada urin juga petanda usus kecil tersumbat.

11.  Keunguan - urin berwarna merah tua atau keunguan adalah petanda gangguan darah dan biasanya bersifat turun temurun yang disebut porfiria.

12.  Putih susu - menunjukkan kemungkinan besar seseorang mengidap penyakit penyakit: jangkitan saluran kencing atau kebocoran kelenjar limfa.

13.  Berbuih dan berbau - kandungan gula yang tinggi dalam air kencing.  Petanda penyakit diabetis.



Selain itu, perubahan warna air kencing juga disebabkan pengambilan vitamin seperti vitamin B.

Kenapa urin atau air kencing menjadi kuning terang atau kekuningan selepas mengambil vitamin B?

Sebenarnya ini adalah normal kerana vitamin B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan.  Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.



Haahh jadi selepas ni....siapa2 yang mengalami air kencing kuning terang selepas mengambil supplement B-Complex Shaklee tak perlu la risau atau panik k...lama kelamaan ia akan kembali ke warna normal...

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SID SHAKLEE :  GENNEVIE GOH
ID 1169590
BOLEH WASSAP/ SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM LOVE VITAMIN LOVE SHAKLEE
COD KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH
DAN POSLAJU ATAU GDEX KE SELURUH MALAYSIA

KLIK BAWAH JIKA INGIN BUAT PESANAN PRODUK
 ORDER NOW
ATAU KLIK BAWAH UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI
 JOIN NOW















No comments:

Post a Comment