Tuesday, December 16, 2014

KOLAGEN DAN KEPENTINGANNYA

Kolagen?  Kita sering dengar dan sebut tentang kolagen...tapi kita tau tak apa itu kolagen sebenarnya.  Apa pula kepentingannya pada tubuh badan kita?  Itulah yang akan saya kongsikan dengan anda semua pada hari ini...


Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.



Bahagian tubuh mana yang ada kolagen?

Kolagen I:    
pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II:  
tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III:  
reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV:  
membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V:  
permukaan sel, rambut dan uri.



Kenapa kolagen berkurangan?

Semakin meningkat usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen.  

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Kerosakan kolagen akibat faktor luaran seperti cahaya matahari, radikal bebas, asap rokok, pencemaran air, udara dan persekitaran serta kekurangan nutrisi.


Apa fungsi kolagen?

1.  Menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin - membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang.
  • glisin - melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
2.  Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
3.  Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
4.  Menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
5.  Menampung air dalam tubuh.
6.  Meningkatkan penyerapan kalsium.
7.  Menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
8.  Meningkatkan isyarat induksi
9.  Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik



Apa kebaikan kolagen?
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf



Apa akan terjadi pada tubuh badan kita jika kekurangan kolagen?
  • Rambut menjadi kering, bercabang di hujung, serta keguguran rambut. Kesihatan rambut dan folikel rambut adalah berkait dengan kolagen. Kekurangan kolagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.
  • Munculnya tanda penuaan seperti  garisan halus pada kulit wajah, kulit dan otot semakin mengendur serta liang roma semakin membesar
  • Kulit muka kelihatan kusam, berjeragat, berpigmentasi, liang pori-pori juga terbuka
  • Kuku mudah pecah dan rapuh, rosak dan kekuningan, berbintik-bintik putih.
  • Otot-otot payudara dan punggung mula kendur
  • Kulit semakin hilang keanjalan, lebih kering dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
  • Penglihatan semakin merosot (rabun)Oleh kerana kolagen adalah komponen utama kornea, kekurangan kolagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.
  • Mempunyai masalah kardiovaskular akibat kurangnya keanjalan salur darah.
  • Mempunyai masalah sendi, arthritis atau osteoporosis. Kolagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan penyakit sendi, arthritis & osteoporosis. 
  • Gusi mudah berdarah, gusi mengendur hingga boleh dilihat akar gigi.
  • Kelihatan lingkaran gelap pada mata (mata panda..hehe), terdapat pengumpulan lemak kecil berwarna kuning pada bahagian putih mata.


Pengambilan produk Collagen Powder Shaklee boleh membantu masalah kekurangan kolagen dalam tubuh badan kita.  Ia mampu mambantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kehadiran kedut2.



Baca  DI SINI untuk lebih info tentang Collagen Powder Shaklee.

Dapatkan Collagen Powder Shaklee sekarang...berita baik untuk anda Collagen Powder tengah promosi hingga 31 Disember ni.  Inilah peluang anda untuk menambah kolagen agar TAMPAK LEBIH MUDA, RASA LEBIH MUDA.




Untuk mendapatkan produk Collagen Powder atau sebarang pertanyaan boleh hubungi terus saya : Sid Shaklee sah anda sekarang dan saya sedia membantu anda:

SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH SARAWAK
PENGHANTARAN POS KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH HUBUNGI MELALUI WASSAP/ SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITA LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK GAMBAR BAWAH UNTUK PESANAN

ORDER NOW

KLIK GAMBAR BAWAH UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI

 JOIN NOW





No comments:

Post a Comment