Saturday, December 13, 2014

ANTIOKSIDAN : PENGHALANG SEL KANSER

Kita sering kali membaca atau mendengar adalah disarankan mengambil makanan yang mengandungi antioksidan...tapi pernah tak kita ambil tahu apa itu antioksidan dan fungsinya pada tubuh kita...Dalam entry kali ni, saya akan kongsi tentang antioksidan dan kaitannya dengan penyakit kanser.



Apa itu Antioksidan?

Menurut sumber dari Kementerian Kesiatan, antioksida atau antioksidan adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan dan melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.  Ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Lazimnya, badan kita memerlukan proses pengoksidaan secara semulajadi untuk menguraikan makanan, pernafasan dan menggantikan sel2 mati.  Kesan sampingan daripada pengoksidaan ini ialah terhasilnya radikal bebas.



Apa itu Radikal bebas?

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.




Kepentingan Antioksidan:


  • menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. 
  • Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.
  • terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas 
  • penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit.
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari.
  • Bertindak untuk mengawal dan merendahkan kolestrol dalam badan.
  • Menjadi benteng pertahanan kepada penyakit sakit jantung dan stroke.
  • mengurangkan penyakit alzaheimer iaitu lupa     ataupun nyanyuk ketika usia tua.

Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.  Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.



Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.


Dalam Shaklee, produk yang mengandungi sumber antioksidan yang kuat ialah produk VITA E COMPLEX . Vita E Complex Shaklee mengandungi 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam, 8 jenis vitamin E termasuk 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh memelihara membran sel2, sel darah merah dan tisu2 otot.  Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berta seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan.

Kajian menunjukkan pengambilan lebih dari 1200IU sehari boleh membantu antioksidan yang kuat dan berkesan melawan kanser.  Selain itu ia juga berhasil mengukuhkan sistem imun, menghalang dan melambatkan pertumbuhan tumor serta mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.



Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan vitamin E) bersama2 untuk mengandakan kesan antioksidasi dalam melawan radikel kanser.


Untuk mendapat lebih maklumat tentang Vita E Complex atau untuk membuat pesanan, boleh salurkan terus kepada saya:

SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH SARAWAK
PENGHANTARAN POS MELALUI POSLAJU/ GDEX KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH WASSAP / SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITA LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK GAMBAR BAWAH UNTUK BUAT PESANAN

 ORDER NOW

 JOIN NOW




























































































































No comments:

Post a Comment