Saturday, December 6, 2014

TIPS BIJAK URUS KEWANGAN

Semenjak perancangan pelaksanaan GST dibentangkan, kita sering mendengar keluhan, rungutan tentang isu GST.  Ada di kalangan kita yang menyokong, tidak kurang juga yang membantah pelaksanaannya.  Sebenarnya isu utama dalam GST yang menjadi masalah kepada kita ialah kerisauan tentang kenaikan harga barang.  Ianya berkaitan kewangan kan...ok, elok kita buat pengurusan kewangan yang bijak sebagai persediaan menghadapi GST kelak...Ayuh baca tips2 bijak kewangan yang saya akan kongsikan hari ni...



Tips Urus Kewangan Peribadi (untuk masih single)


  1. Simpan 10% sebelum belanja
  • Selepas dapat gaji, simpan 10% daripada gaji bersih dalam bank peribadi.  Ini penting untuk kegunaan masa depan atau semasa kecemasan.  Ia juga penting untuk memastikan kita tidak terlebih belanja...jangan sampai belum tengah bulan, gaji dah habis dan perlu berhutang!
  • Ini penting untuk mendisiplinkan diri untuk menabung atau membuat simpanan peribadi.

     2.  Buat perancangan kewangan
  • Elok sediakan satu buku perancangan kewangan khas untuk menguruskan perbelanjaan dengan bijak.  Bahagikan gaji kepada perbelanjaan keperluan asas seperti peruntukan makan minum, bayaran hutang seperti pinjaman bank, kereta, bil-bil dan untuk perbelanjaan lain seperti pakaian serta keperluan penjagaan diri seperti syampu, pencuci pakaian dan sebagainya.  
  • Dengan perancangan ini, anda tau ke mana duit disalurkan.

     3.  Belanja ikut keperluan
  • Utamakan perbelanjaan mengikut keperluan bukan kehendak.  Contohnya beli telefon kerana mudah untuk berhubung dengan orang lain bukan beli untuk tujuan mengikut kawan2 lain yang menggunakan gajet canggih.  Sebelum buat perbelanjaan, fikir pro dan kontranya.  Belanja ikut kemampuan sendiri.
  • Utamakan kesederhanaan dalam setiap perkara.  Jika barang masih elok dan masih boleh dipakai...pakai lah dulu sebelum membeli baru semata2 mengikut nafsu.
 
  4.  Amalkan menderma atau sedekah
  • Sediakan satu tabung khas untuk tujuan menderma atau sedekah. Setiap hari masukkan duit dalam tabung tersebut...tak kiralah berapa asalkan ada.  Atau anda boleh simpan duit baki daripada setiap perbelanjaan dan tabungkan dalam tabung ini.  Simpan duit tersebut dan dermakan kepada pihak yang memerlukan pada akhir setiap bulan.  
  • Dengan amalan menderma rezeki kita lebih berkat, kita akan rasa segalanya sentiasa  dicukupkan.  
 
  5.  Bina pendapatan sampingan
  • Daripada gaji, anda juga boleh membuat perniagaan kecil- kecilan secara part time.  Atau anda boleh join bisness Shaklee.  Selain menjaga kesihatan berpanjangan, anda juga berpeluang menjana pendapatan dengan perolehi bonus setiap bulan disamping mendapat pahala dengan membuat kebaikan pada orang lain.  Untuk ketahui caranya sila baca 
  • Dengan duit lebihan setiap bulan, anda boleh membuat pelaburan saham, hartanah atau pelaburan emas bagi masa depan.



Tips Urus Kewangan Keluarga (untuk yang dah berumahtangga)


  1. Buat perancangan masa depan
  • Jika anda merancang untuk memiliki kereta besar atau rumah untuk keselesaan keluarga pada masa depan, simpanlah sejumlah duit untuk tujuan tersebut.  Agar bila anda memerlukannya, anda tidak perlu membuat pinjaman bank dengan jumlah yang tinggi.  Lebih baik berjimat dari sekarang daripada perlu menanggung hutang pada masa depan.

   2.  Checklist perbelanjaan bulanan keluarga
  • Sediakan buku khas senarai peebelanjaan keluarga seperti perbelanjaan dapur, keperluan sekolah anak, yuran sekolah, keperluan anak-anak seperti susu, pampers dan sebagainya untuk peruntukan sebulan.
  • Anda juga boleh bertanyakan ahli keluarga apa keperluan mereka dan senaraikan.  Kemudian boleh menilai bersama yang mana lebih utama dan penting berdasarkan kemampuan kewangan anda setiap bulan.

   3.  Asingkan pembayaran hutang
  • Wang untuk pembayaran bil, ansuran kereta atau rumah, insurans keluarga perlu disediakan dalam jumlah yang tepat agar nanti tidak terbelanja duit untuk keperluan lain.  Daripada lebihan wang gaji nanti baru anda boleh belanjakan untuk keperluan keluarga.
 
  4.  Agihkan wang kecemasan dan simpanan keluarga
  • Selepas mangasingkan wang pembayaran hutang, anda boleh mennggunakan wang lebihan untuk tujuan simpanan dan kecemasan.  
  • Sediakan akaun khas untuk simpanan dan akaun kecemasan untuk menampung bajet bila diperlukan.  Wang ini sangat penting bila berlakunya kecemasan seperti kemalangan, masalah kesihatan, kebakaran dan sebagainya.  Mungkin hari ini kita lihat semuanya sempurna dan ok je...tapi kita tidak dapat menjangka apa yang berlaku pada masa depan.  Oleh itu, lebih baik bersedia dari sekarang daripada resah dan kelam kabut mencari pertolongan bila mengalami kesusahan.
   
5.  Libatkan anak-anak
  • Terapkan amalan menabung dalam diri anak2 bermula dari kecil lagi.  Elok sediakan satu akaun untuk setiap anak atau sediakan tabung khas untuk setiap anak di rumah dan masukkan ke dalam akaun pada setiap bulan.  
  • Atau anda boleh sediakan satu tabung khas dalam rumah dan setiap ahli keluarga boleh menabung untuk simpanan keluarga.  Wang tersebut boleh disimpan dalam akauan simpanan keluarga atau kecemasan.
  • Wang yang disimpan dalam akaun anak penting untuk kegunaan masa hadapan anak seperti untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran.
   
6.  Patuhi setiap perancangan
  • Amat penting untuk mengikuti atau patuh kepada perancangan perbelanjaan kewangan keluarga.  Jika melanggar perancangan boleh menyebabkan bajet lari dan terpaksa 'merampas' dari peruntukan lain.   Oleh itu, belanja secara cermat dan elakkan pembaziran!

Semoga perkongsian tips pengurusan kewangan di atas dapat membantu anda merancang perbelanjaan anda..mungkin anda juga mempunyai cara atau tips sendiri, bolehlah share di sini ye...

Ok yang paling penting jangan belanja mengikut perasaan dan jangan stress masa membuat perancangan.  Bila semuanya teratur dan mengikut bajet, anda pasti rasa tenang untuk menghadapi GST nanti.  Jika pandai urus kewangan, isu harga barang naik takkan jadi masalah besar untuk kita....APA TUNGGU LAGI???..JOM BUAT PERANCANGAN KEWANGAN ANDA SEKARANG! Peace....




Mungkin anda juga boleh mencuba B-Complex untuk mengurangkan stress atau tekana akibat kerisauan terhadap kewangan anda semasa pelaksanaan GST.  Untuk ketahui labih lanjut boleh baca di entry kelebihan B-Complex.




Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
COD KAWASAN DALAT, OYA DALAT 
DAN POSLAJU/ GDEX KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH WASSAP / SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITAMIN LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK BUAT PESANAN
 ORDER NOW

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI
 JOIN NOW






















No comments:

Post a Comment