Thursday, December 18, 2014

KEPENTINGAN VITAMIN C : KEPERLUAN HARIAN ANDA

Kalau sebut tentang vitamin c, mesti akan kaitkan dengan kecantikan.  Tapi tau tak sebenarnay bukan itu saja fungsi dan kepentingan vitamin c ni.  Ada pelbagai kelebihan lain lagi yang perlu kita 'selongkar'...Jom saya kongsi dengan anda.



Apa itu vitamin C?

Vitamin C atau Asid askorbik merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu dan juga merupakan salah satu dari jenis2 vitamin utama.

Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidati.

Ia juga merupakan ko-faktor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.

Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.


Apakah sumber vitamin C?

Sumber makanan
  • hati lembu, hati ayam, tiram, telur ikan kod, susu kambing, susu lembu dan banyak lagi.

Sumber sayuran
  • Cili, asparagus, ubi bit, salad, timun, terung, lobak merah, bayam, kubis, kubis bunga, kentang, tomato, bawang putih, brokoli dan banyak lagi.

Sumber buahan
  • Betik, jambu batu, buah kiwi, mangga, laici, pisang, anggur, limau, oren, tembikai, nanas, lemon, epal, pear, ceri, strawberry, cranberry, limmau gendang, tembikai susu dan banyak lagi.





Apakah fungsi2 vitamin C?

1.  Penguat sistem imuniti badan.
Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.

2.  Membantu pembuangan toksin dari dalam badan.

3.  Anti-oksidan
Ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser.
Vitamin C menghalang pembentukan nitrosamines dan membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser.

4.  Memelihara kesihatan sistem jantung.
Vitamin C akan membantu merendahkan kandungan kolesterol.
Vitamin C juga melindungi dinding saluran darah agar tidak dirosakkan oleh enzim.
Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.

5.  Membantu penyembuhan luka.
Vitamin C akan meningkatkan kadar penghasilan kolagen yang akan membentuk sel2 baru.  Oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.

6.  Merupakan agen mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan alahan.

7.  Membantu penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).

8.  Mengurangkan stress.
Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.

9. Mencegah scurvy
Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.

10.  Membantu pembentukan kolagen
Kolagen ialah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

11.  Melindungi salur darah
Salur darah tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

12.  Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

13.  Melindungi antioksidan yang lain.
Oleh itu amat disarankan unruk mengambil vitamin C dan vitamin E bersama agar dapat penyerapan dan kesan yang optimum.



Siapa yang sangat memerlukan vitamin C?

Perokok

Pesakit kencing manis

Pesakit tekanan darah tinggi

Pesakit kanser

Peminum minuman alkohol

Pesakit rheumatoid arthritis.

Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak.

Orang yang mudah kena selsema, batuk, demam dan jangkitan penyakit

Orang yang mengambil ubat2 tertentu seperti aspirin, pil perancang dan antibiotik.

Orang yang baru menjalani pembedahan

Orang yang mengalami masalah kulit dan rambut

Ibu mengandung

Pasangan yang merancang untuk memiliki zuriat


Apa kesan kekurangan vitamin C?

kurang pembentukan kolagen

kulit kusam dan kasar

Luka lambat sembuh

Rambut rapuh dan gugur

Depression/ sukar kawal stress

Masalah pencernaan

kekurangan tenaga yang kronik, lemah badan

gigi mudah rosak dan tercabut

pendarahan gusi berterusan

Sering sakit, demam, selsema, letih

Haemorrhages (saluran darah lemah)/ tanda2 lebam di badan

kuku rapuh dan mudah patah /kerosakan kuku


Perlukah vitamin C diambil setiap hari?

Pengambilan vitamin C amat diperlukan pada setiap hari kerana tubuh kita amat memerlukan vitamin C sebagai sumber tenaga dan untuk kesihatan menyeluruh.  Selain itu, vitamin C mudah larut dan diserap, jadi setiap hari kita perlu menggantikan vitamin C dalam tubuh badan kita.

Adakah pengambilan berlebihan vitamin C mendatangkan kesan sampingan?

Sebenarnya tidak ada kesan sampingan berlaku jika anda mengambil vitamin C secara berlebihan.  Ini adalah kerana vitamin C larut air, jadi ia mudah diserap dan hanya menyerap mengikut keperluan tubuh kita.  Dan yang selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing.
Contohnya, jika tubuh anda hanya memerlukan 500mg vitamin C sehari tapi anda mengambil 1000mg.  Hanya 500mg sahaja yang akan diserap oleh tubuh anda, 500mg lag akan disingkirkan.  Hehe cuma berlaku pembaziran di sana.


PERHATIAN!!!

Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses secara berlebihan.

Pengambilan bioflavonids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.

Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.

Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dsb. Ini boleh dielakkan dengan mengambil vitamin C selepas makan.

Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.

Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.

Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.

Pesakit gout tidak digalakkan mengambil vitamin C yang tinggi.

Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubat tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.

Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.

Vitamin C adalah dalam bentuk asid. Bagaimanapun ada jenis2 vitamin C yang berbentuk alkali seperti Ascorbate. Ia bolehlah diambil oleh mereka yang tidak tahan dengan asid (seperti mengalami masalah perut bila mengambil vitamin C). Bagaimanapun vitamin C yang tidak bersifat asid ini boleh menyebabkan pengurangan kandungan mineral zink dalam badan anda.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Semoga dengan info2 di atas dapat membantu anda mengetahui kelebihan yang ada pada vitamin C.

SUSTAINED RELEASE VITA C DAN CHEWABLE VITA C PLUS  merupakan vitamin C yang diperbuat daripada bahan semulajadi, organik dan asli.  Tiada bahan tiruan, bahan kimia dan bahan pengawet.

Boleh baca info VITA C SHAKLEE DI ALL ABOUT VITA C.








SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH SARAWAK
PENGHANTARAN POS KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI WASSAP/ SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITA LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK BAWAH UNTUK PESANAN

 ORDER NOW
KLIK BAWAH UNTUK DAFTAR AHLI

 JOIN NOW
























No comments:

Post a Comment