Monday, December 15, 2014

PUNCA DAN CARA ATASI JERAWAT

Agghhh JERAWAT!! Adoii jerawat lagi!  Mesti itu reaksi anda, bila bangun pagi pandang cermin dan tiba2 ternampak ada jerawat timbul kat muka kan?  Tapi anda tau tak apa punca terjadinya jerawat?  Kenapa bila bangun tidur tiba2je tumbuh jerawat baru lagi?  Jom saya kongsi dengan anda....


Punca-punca Jerawat

Jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersekat di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan gugur setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.

1. Hormon

Semasa usia remaja, datang haid, mengandung dan menopause, kelenjar sebaceous akan mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum yang dipengaruhi hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa sering mengalami masalah jerawat. Tapi lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan apabila seseorang itu meningkat dewasa.

2.  Bakteria

Di dalam sel kulit kita terdapat bakteria yang dikenali dengan nama 'Propionibacterium acnes'.  Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.  Sebab tu kita sering dinasihatkan agar tidak picit jerawat, sebab bakteria ini akan merebak ke tempat lain jika jerawat pecah.



3.  Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti pengambilan kacang, makanan berperisa, seafood (udang, ketam, sotong, kerang), makanan terlalu pedas, makanan berminyak atau bergoreng, makanan berlemak, makanan segera juga mempengaruhi hormon badan kita.  Secara tak langsung ia mempengaruhi pertumbuhan jerawat.

4. Stress

Tahap stress yang tinggi mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.  Oleh sebab itu, semakin kita stress semakin banyak jerawat akan timbul.

5.  Kosmetik

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit kerana sisa kosmetik yang menyebabkan liang roma kulit muka.



6.  Matahari

Haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.  Liang roma yang tersumbat menyebabkan timbulnya jerawat.

7.  Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar2 besar atau kilang2 boleh menyebabkan jerawat.  Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.



8.  Toksin

Jika sistem semula jadi tubuh kita tidak mampu untuk membuang toksin dalam badan secara semula jadi, ia akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

9.  Alergik atau alahan

Alergik atau alahan terhadap barangan kosmetik, foundation, cream muka atau pencuci muka baru yang ada bahan2 kimia tertentu yang tidak sesuai dengan kulit.  Alahan pada bahan yang terkandung dalam barangan kosmetik ini boleh menyebabkan radang kulit.

10.  Pakaian atau tuala

Penggunaan tuala atau sapu tangan yang telah terdedah kepada bakteria atau kotoran boleh menyebabkan jangkitan pada kulit.  Seelok-eloknya elakkan memakai tuala yang digunakan untuk mengelap badan dan rambut untuk mengelap muka, kerana mungkin bakteria atau kotoran pada badan dan rambut akan melekat pada kulit wajah yang boleh mendatangkan radang kulit.


Sekiranya kita sudah mengetahui punca2 jerawat, lebih mudah untuk kita atasinya.

Dalam Shaklee terdapat produk yang mampu mengatasi masalah kulit jerawat iaitu SET ASAS KECANTIKAN KULIT SHAKLEE.




1.  ESP 

Kandungan protein membantu pertumbuhan sel kulit baru.
mempercepatkan penyembuhan luka kulit (luka jerawat)
mengurangkan kesan parut pada kulit
membaiki pigmentasi
mengembalikan radian kulit dan keanjalan kulit

2.  Sustained Release Vita C 

Merangsang pembentukan kolagen.
Membantu percepatkan penyembuhan luka dan jerawat.
Berkesan mengecutkan jerawat.
mencantikkan kulit.
antioksidan

3.  Vita E Complex

Antioksidan yang kuat
Membantu menghilangkan parut jerawat.
Bertindak sebagai antipenuaan.
Mengurangkan akne, garis halus, kedut dan bintik penuaan.
memulihkan tekstur kulit.

Selain Set Asas Kecantikan Kulit, Shaklee juga menyediakan Set Jerawat Lengkap atau Set Jerawat Kronik Shaklee.





Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, anda dicadangkan untuk mengambil Set Penjagaan Luaran Kulit Shaklee.  Set ini terbahagi kepada dua jenis mengikut jenis kulit iaitu  ENFUSELLE NORMAL TO OILY SKIN dan ENFUSELLE NORMAL TO DRY SKIN.   Boleh baca DI SINI  untuk mengetahui lebih lanjut tentang set ini.




Semoga dengan perkongsian hari ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah kulit jerawat.  Tidak salah kiranya kita mengeluarkan sedikit belanja untuk kecantikan kulit wajah.  Yang untung anda juga...hehehe

Bulan Disember ni adalah masa yang sesuai untuk anda merebut peluang untuk mendapatkan set kecantikan Shaklee sebab Vita C Complex dan Sustained Release Vita C mempunyai promosi harga sepanjang bulan ni.  JOM GRAB SEBELUM TERLAMBAT!!


Sebarang pertanyaan boleh salurkan terus kepada saya dan konsultasi percuma akan saya berikan kepada pelanggan saya sahaja: 

SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH SARAWAK
PENGHANTARAN POS KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH HUBUNGI MELALUI WASSAP/ SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITA LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK BAWAH UNTUK PESANAN

 ORDER NOW

KLIK BAWAH UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI

 JOIN NOW






























































































No comments:

Post a Comment