Monday, December 15, 2014

PERANGAI SAYA, PELIK KE?

Perangai pelik?  Hurmmm....semua orang ada perangai pelik.  Cuma antara kita sendiri sedar atau tidak, tu je...kadang2 kita sendiri tak rasa pelik, tapi orang lain yang melihat perangai kita tu yang akan rasa pelik...hehe tul tak?



Saya pun tak pasti perangai saya ni pelik ke tak?  U alls je lah yang nilai k...
Saya ni suka kupas kulit pada bahagian tengah bibir atas.  Jangan tanya kenapa sebab saya sendiri tak ada jawapannya.  Bila dah buang kulit tu, saya suka ketapkan bibir.  Masa mula2 dulu sebab bibir saya sering kering dan menggelupas, jadi kulit bahagian tengah bibir atas tu akan jadi keras sikit, so saya pun kupas la...lama2 ia jadi satu tabiat pula walaupun kulit bibir tak kering dah.


Satu lagi saya ni tak boleh buat kerja tanpa muzik atau lagu.  Tak kisah la tengah kemas rumah ka...tengah masak ka...tengah buat kerja2 berkaitan dokumen ka...saya mesti bertemankan muzik atau lagu.  Kalau tak, saya memang rasa tak lengkap dan rasa serba tak kena...tak dapat buat kerja.  Hinggakan pernah satu kali masa kursus, bila tiba sesi berbengkel...kerana rasa sunyi je dalam bilik kursus tu...saya minta izin dari mentor untuk mainkan lagu melalui laptop...fuhhh baru semangat datang weh...sampai nak tidur pun saya kena dengar lagu baru dapat tidur tau...tapi semenjak dah jadi isteri orang dan mummy orang ni jarang dah dengar lagu masa tidur...hehehe




Saya rasa tu je kot perangai pelik saya..hehehe camna pula ngan pembaca2 semua, apa perangai pelik u alls?  Sila2 lah share kat sini ye...


Ok cerita cerita juga...tentang Shaklee jangan lupa k.  Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee boleh hubungi terus saya seperti berikut:

SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH SARAWAK
DAN PENGHANTARAN POS BAGI SELURUH MALAYSIA
BOLEH WASSAP / SMS 0193438006
ATAU LAYARI DAN PM DI LOVE VITA LOVE SHAKLEE

ATAU KLIK BAWAH UNTUK PESANAN

 ORDER NOW



No comments:

Post a Comment