Selamat petang semua...
Vitamin E oh vitamin E...mesti anda juga dah biasa dengan vitamin E ni kan...tapi selain dari kapsul2, tablet dan gel vitamin yang terdapat dalam pelbagai jenama yang dijual di farmasi, sedar tak makanan yang lita makan hari2 juga mengandungi vitamin E...Jom kita sama2 lihat apa sumber paling top vitamin E....
Apa itu vitamin E?
Sumber daripada Wikipedia:
Vitamin E merupakan nama umum untuk dua kelas molekul (8 jenis tokoferol dan 4 jenis tokotrienol) yang memiliki sifat vitamin larut-minyak dengan ciri pengantioksida. Vitamin Ebukan nama untuk setiap satuan bahan kimia spesifik selain daripada itu untuk setiap campuran yang terjadi di alam yang akan menyediakan fungsi vitamin E dalam pemakanan
Makanan apakah yang mengandungi banyak vitamin E?
1. Almond
100gm kacang almond menyediakan 26.2mg Vitamin E. anda
juga boleh mengambilnya dalam bentuk minyak almond
atau susu almond.
2. Biji
Biji bijan, biji labu atau biji bunga matahari merupakan
sumber vitamin E yang yang sangat baik. Hanya 1/4 bungkus biji bunga matahari akan memberikan anda 90.5% daripada keperluan vitamin E harian anda.
3. Salad swiss : swiss chard
Sayuran berdaun hijau yang mirip bayam ini banyak mengandungi beberapa Vitamin penting, termasuk vitamin E. Swiss chard menawarkan hampir 17 % dari keperluan harian yang disarankan.
4. Mustard green
Mustard greens adalah sayuran yang sangat bergizi. Sayuran yang mirip sawi atau kailan ini kaya akan Vitamin E, Folat, Vitamin A , C , dan K.
5. Bayam
Selain terkenal akan zat besinya, bayam juga kaya dengan Vitamin E, Antioksidan, dan banyak nutrisi penting lain seperti kalsium dan folat.
6. Turnip hijau
Sama seperti sayuran berdaun lainnya diatas, hanya 1 ikat
Turnip hijau akan memberikan Anda dengan banyak Vitamin
E , A , C, dan folat.
7. Kale : Collard greens
Collard Greens , kale sama seperti keluarga sayuran seperti kubis, juga mengandung vitamin E yang sesuai dengan keperluan tubuh kita.
Makan 1 ikat kale rebus setiap hari akan memberikan anda 6% dari keperluan harian vitamin E.
8. Minyak tumbuh-tumbuhan
Vitamin E juga banyak terdapat dalam minyak biji-bijian.
Wheat germ oil adalah minyak masak yang memiliki Vitamin
E tertinggi. Minyak bunga matahari adalah alternatif lain yang
banyak menyediakan Vitamin ini. Hemp Seed, minyak Kelapa,
minyak zaitun juga kaya vitamin E.
9. Hazelnut
Hazelnut banyak mengandungi Vitamin E serta nutrisi bermanfaat lainnya seperti vitamin B.
10. Kacang pine : pine nuts
Kacang pine merupakan kacang import yang banyak
mengandung Vitamin E . 1 ons kacang pine ini mengandung
2.6mg Vitamin E.
11. Avokado
Hanya setengah buah avokado secara alami menyediakan lebih dari 2mg Vitamin E. Sayangnya buah lazat dan sangat bergizi ini bermusim.
12. Brokoli
Brokoli menduduki peringkat atas sebagai sayuran yang paling bergizi di dunia. Selain itu, sayuran ini juga dikenal sebagai makanan pendetoks tubuh yang baik dan sumber tinggi Vitamin E. 1 batang brokoli menawarkan vitamin ini sekitar 4% dari keperluan harian anda.
13. Peterseli : Petroselinum Crispum
Peterseli juga cukup mengandung Vitamin E untuk
melengkapi keperluan harian anda. Meskipun peterseli yang
segar adalah lebih baik, anda juga boleh menggunakan yang
telah dikeringkan banyak tersedia di pasaran.
14. Betik
Betik juga merupakan salah satu buah sumber Vitamin E dan
juga kaya vitamin C. Satu biji betik segar mampu memenuhi
keperluan Vitamin E sebanyak 17%.
15. Zaitun
Buah atau minyak zaitun adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan Vitamin E. Anda boleh menambahkannya dalam salad, pasta atau roti .
16. Aprikot
Buah Aprikot kering umumnya dimakan sebagai snek dan
juga mengandung banyak nutrisi seperti serat dan vitamin E.
Anda juga dapat mencampurkannya ke dalam salad buah.
17. Gandum
Walaupun ahli nutrisi berpendapat gandum yang telah
diproses akan kekurangan nutrisi penting akibat
pemprosesan, namun masih merupakan sumber yang kaya
vitamin E .
18. Paprika merah
Paprika terutama yang berwarna merah adalah sumber
Vitamin C dan antioksidan yang cukup baik, termasuk vitamin
E di dalamnya.
19. Marjerin
Marjerin yang mengandung minyak jagung menawarkan 8mg
vitamin E 1 sudu makan. Pastikan membeli margerin yang
mengandung unsur minyak jagung. Tapi perlu diingatkan,
margerin juga tinggi lemak dan dapat menyebabkan obesiti
jika diambil secara berlebihan.
20. Mangga
Buah ini adalah sumber penting untuk meningkatkan keperluan vitamin E. Setengah biji hirisan mangga menyediakan 0.7mg Vitamin E.
21. Kacang Pistachio dan Mentega kacang
Pistachio adalah snek yang baik untuk mendapatkan Vitamin E. Mentega kacang juga merupakan sumber yang cukup baik iaitu mengandungi sekitar 2.5mg/2sdm vitamin E.
22. Cili merah
Cili merah dan paprika tidak hanya menyedapkan masakan anda, tetapi juga menambahkan Vitamin E dan Antioksidan. Satu sudu makan serbuk cili merah atau paprika membekalkan 2.1mg Vitamin E.
23. Tomato
Tomato mengandungi Vitamin E, C, zat Besi dan serat. Sebiji
tomato bersaiz sederhana mengandung 0.7mg vitamin E
24. Kiwi
Kiwi bersaiz sederhana mengandungi 1.1mg vitamin ini.
25. Makanan laut
Udang membekalkan 2.2mg vitamin E, kerang-kerangan
mengandungi 7% keperluan vitamin E dan ikan boleh
membekalkan 2.8mg daripada vitamin E keperluan anda.
26. Labu dan Ubi jajar
Labu kuning juga sumber vitamin E yang tinggi iaitu sebanyak 1.3mg dan Ubi jajar pula mengandungi 15% daripad vitamin E dalam setiap 100gm sajiannya.
27. Talas
Jangan pandang remeh pada tanaman umbi
pengganti fungsi kentang yang satu ini, kerana talas
yang telah dimasak boleh memberikan 2.9mg
vitamin E pada setiap 100gm penyajiannya.
28. Tauhu
Percaya tak dalam tauhu juga mengandungi vitamin E.
Tauhu boleh membekalkan 5.3mg vitamin E dalam setiap
hidangan 3 oz.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
VITA E COMPLEX SHAKLEE adalah vitamin E yang
paling lengkap di pasaran. Ia diperbuat dari minyak soya organik, minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel2 sihat melawan radikal bebas:
1kg biji gandum
500ml minyak safflower
8kg bayam
500g badam
Dengan 1 kapsul VITA E COMPLEX SHAKLEE saja anda dapat 400IU vitamin E...jadi tak perlu susah2 makan hingga berkilo2 makanan di atas kan.
Jadi apa lagi, cubalah vitamin E yang lengkap dan mampu penuhi keperluan harian anda iaitu Vita E Complex Shaklee.
Sebarang pertanyaan atau ingin buat pesanan produk Shaklee boleh hubungi terus saya...saya sedia membantu anda.
SID SHAKLEE : GENNEVIE GOH
ID 1169590
BAGI KAWASAN DALAT, OYA, MUKAH (COD)
PENGHANTARAN POS KE SELURUH MALAYSIA
BOLEH HUBUNGI MELALUI WASSAP/ SMS 0193438006
KLIK BAWAH UNTUK DAPATKAN HARGA AHLI