Friday, November 21, 2014

TIPS SIHAT BERSERI SELEPAS BERSALIN

Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin akan rasa lesu dan sakit-sakit sendi selepas bersalin.  Tidak kurang juga yang mengalami masalah kulit dan 'baby blue' semasa berpantang.  Di sini saya ingin kongsikan tips-tips ibu berpantang untuk membantu masalah tersebut agar sihat dan berseri semasa berpantang.



Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

A.   Mengambil herba tradisional

Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.

Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:

1.  Temulawak

  • mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.


2.  Lada pintal

  • menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.


3.  Tahi angin

  • melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.


4.  Sireh

  • baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.


B.  Pemakaian bengkung

Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung modensekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:


  • mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
  • mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada?
  • menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
  • menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
  • menghalang peranakan daripada ‘turun’ atau jatuh.


C.   Makanan berkhasiat

Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

D.  Sentiasa menyusu anak

Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.


E.   Kekalkan tubuh badan 

- Cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.  Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

- Jangan tinggal sarapan pagi
- makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
- banyakkan makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda
-  pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat)
-  kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi
-  kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.


Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing?  Untuk lebih mudah lagi ( tak perlu cari atau masak jamu, herba dan sebagainya, tak perlu tahan rasa pahit) ibu-ibu lepas bersalin boleh mengambil supplement yang dicadangkan untuk ibu selepas bersalin seperti berikut:

 SET BERPANTANG SHAKLEE

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)

Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.



2.  Vitamin B-Complex

Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.



3.  Vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.



4. Zinc

Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.



Supplement ini boleh ditambah dengan pengambilan:

1. Ostematrix

Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit.Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.



2.  ESP (Energizing Soy Powder)

Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.



3.  Alfalfa

Raja segala tumbuhanMembantu meningkatkan imunisasiMengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.





Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

GENNEVIE GOH (PENGEDAR SAH SHSKLEE)
ID 1169590
COD KAWASAN : DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU / GDEX : SELURUH MALAYSIA
WASSAP/ TELEGRAM / SMS :  0193438006

ATAU

 KLIK ORDER SEKARANG


No comments:

Post a Comment