Monday, November 10, 2014

YUMMYLICIOUS MENU...

Selamat pagi semua....

Dah sarapan atau minum pagi ke?  Apa menu untuk pagi ni?
Kalau saya, saya suka sediakan sarapan untuk keluarga pada hujung minggu..hari2 lain tak dapat sebab awal2 dah turun kerja.  Ok...antara menu sarapan yang biasa saya sediakan ialah nasi goreng, bihun goreng, sandwich telur/ tuna atau sardine, sandwich sayur campur sosej dan cucur atau pancake.



Nak resepi?? Tapi hari ni saya nak share resepi pancake dan minuman febret saya je, k yang ni anda semua boleh sediakan bila2 masa anda suka...yang lain saya akan share kemudian k..

Fluffy Yummylicious Pancake

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan atau 3/4 cawan susu segar
1 sudu makan Mealshake Shaklee
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan gula
2 sudu teh mentega yang telah dicairkan


Bahan tambahan : senduk 

Cara-cara membuat:
  1. Kaup balikkan tepung gandum, baking powder dan mealshake di dalam mangkuk.  (Kalau nak ayak pun boleh, tapi saya tak rajin nak ayak...hehe)
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul telur, gula dan mentega dan susu sehingga sebati.  Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan cecair (campuran telur tadi)...kacau sehingga struktur licin dan tidak berketul2 K.
  3. Panaskan pan...sapu sedikit mentega atau minyak masak.  (Cukup untuk elak lekat je)
  4. Tuangkan 1/2 atau 1 senduk adunan ke dalam pan dan tunggu sehingga buih2 pecah...terbalikkan dan masak sehingga keperang-perangan.
  5. Siap..angkat dan hidang. :) gebuss gitu...


Siap dihidang

Note:  lebih sedap jika dimakan bersama madu atau susu atau apa2 sos buatan yang anda suka.  Tapi tetap sedap kalau makan begitu saja...

Kalau tadi menu untuk makanannya...sekarang menu tuk minuman pula.  Air simple je, tiada yang istimewa...tapi yang ni paling saya suka minum, lebih-lebih lagi masa waktu panas...memang terbaik ooo.   Nak tau...? Jom lihat.

Ice-blend Oreo Choc

Bahan-bahan:

1/2 gelas air atau susu segar kurang gula
beberapa ketul ais atau 1/2 cawan ais
1 sudu makan ESP
1 susu makan Mealshake
1/2 sudu makan gula atau susu pekat ( kurangkan jika tak suka manis)
5 atau 6 keping biskut oreo perisa Coklat (dipecah-pecahkan)

Cara-cara membuat:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali biskut oreo.
  2. Blend hingga hampir halus..
  3. Masukkan biskut oreo dan blend sekejap je..
Tadaaa....siap untuk diminum.  Mudah je kan...Lemak berkrim gitu..



Note:
Jumlah bahan seperti air, ais, biskut dan gula boleh diubah mengikut citarasa masing-masing.  Biskut oreo boleh tukar dengan perisa lain seperti oreo  vanila atau biskut lain yang anda suka atau campur buah-buahan.

Sampai di sini sahaja untuk hari ini...semoga anda semua pun suka akan resepi2 menggunakan produk Shaklee iatu ESP dan Mealshake yang saya kongsikan hari ini....nantikan resepi2 lain di lain hari k..
Yang penting berkhasiat dan sedaaapppp...hehe

Selamat mencuba...Bye

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Wasapp / sms :
0193438006
Fanpage :
www.facebook.com/lovevitloveshaklee

















No comments:

Post a Comment