Saturday, November 22, 2014

DETOKS: TOKSIN BAHAYA DALAM BADAN

Selamat bertemu semua...

Hari ini suka saya kongsikan dengan semua tentang detoks.  Tau tak detoks amat penting untuk kesihatan organ dalaman badan kita?  Ok..kita kenal dulu apa itu detoks dan kenapa pentingnya detoks untuk tubuh kita?



Apa itu DETOKS?

Detoks merupakan proses penyingkiran atau pembuangan toksin atau bahan buangan beracun dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal.  Biasanya badan kita menyingkirkan toksin melalui kencing, pembuangan air besar dan peluh.

Kenapa DETOKS PENTING?

1.  Membersihkan toksin pada darah, pembuluh darah, usus besar, hati, ginjal, paru-paru dan sistem limpatik.

2.  Mendapatkan berat badan ideal

3.  Meningkatkan stamina, daya tahan tubuh, prestasi seks dan penyembuhan pelbagai penyakit.

4.  Meningkatkan penghasilan sel-sel tubuh untuk mendapatkan kulit awet muda, lebih sihat dan lebih cerah.




Sekarang kita lihat pula apa toksin....dan kenapa kita perlu keluarkan toksin dari tubuh kita...

Apa itu TOKSIN?                 

Toksin merupakan bahan buangan beracun dalam tubuh badan kita.
Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.


Punca terjadinya toksin

  • Toksin terjadi akibat pencemaran.  Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian 
  • Pengambilan makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. 
  • Radiasi daripada alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer, dan televisyen.
  • pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.


Simptom atau tanda toksin berlebihan:

  • Sakit kepala/ migrain/ banyak angin
  • mulut berbau 
  • bau badan 
  • Insomnia (masalah tidur)
  • Keliling mata gelap/ celah paha, bawah lengan, leher dan sebagainya lebih gelap.
  • Mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah 
  • Rasa cemas/ kurang tenaga/ lesu / keletihan
  • Kesakitan otot badan
  • Alahan
  • Masalah sinus
  • Sistem imun yang lemah
  • Sembelit / buasir
  • Kembung perut / perut buncit
  • Selulit / kegemukan
  • Tanda-tanda penuaan awal/ masalah kulit/ jerawat
  • Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi, faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan.



Jenis makanan yang membantu buang toksin secara semulajadi

Aloe vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.

Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.

Ketumbar
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.

Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

Brokoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan.

Sayuran hijau
Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!



Pengambilan supplement juga dapat membantu proses detoks lebih mudah..antara supplement yang dicadangkan ialah:

1.  Garlic Complex  
-Membantu meningkatkan sistem imun dan merupakan antibiotik semulajadi
-Meningkatkan sistem penghadaman
-Mampu mengeluarkan raksa (logam toksik) dari tubuh dengan pantas
-Melindungi Sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

2.  Alfalfa Complex 
-Mencuci hati, usus/ kolon dan darah dari toksin
-Mengembalikan kenormalan badan yang berasid
-Memperbaiki masalah saluran penghadaman
-Menyingkirkan lemak dan kolestrol

3.  DTX Complex
-Bertindak sebagai detoksifikasi
-Melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia
-Memperlahankan pembentukan toksin

Juga digalakkan mengambil Herblax Shaklee untuk pembersihan optimum.

1.  Herb-Lax
-Membantu pembersihan najis tersekat
-Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembesihan
-Membantu masalah sembelit
-Mengempiskan perut

Dah baca kan bertapa penting detoks untuk buang toksin dalam badan...bayangkan berpuluh tahun kita tak detoks..banyak bahan beracun terkumpul dalam badan kita.  Yang akhirnya mendatangkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.
AYUH! DETOKS...JANGAN BERLENGAH LAGI...CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

GENNEVIE GOH (PENGEDAR SAH SHAKLEE)
ID : 1169590
COD KAWASAN : DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU/ GDEX : SELURUH MALAYSIA
WASSAP/ SMS : 0193438006

ATAU


No comments:

Post a Comment