Friday, November 14, 2014

KESUBURAN WANITA...APA ANDA PERLU TAHU?

Hai semua...salam 1 Malaysia....

Ada sebab kenapa saya pilih Kesuburan Wanita sebagai entry untuk kali ini.  Sebenarnya sebelum berkahwin lagi saya suka join kelab, group atau forum online yang berkaitan dengan wanita.  Tak kira lah tentang kehamilan, tentang penyakit, masalah period, kesuburan atau apa2 saja berkaitan wanita.



Dan dari situ saya mendapati hampir 90% daripada soalan2 yang ditanya ialah berkaitan masalah kesuburan.  Ramai pasangan yang telah menunggu bertahun-tahun tetapi belum lagi dikurniakan zuriat.

Adakah ini satu perkara biasa?
Kalau mengikut kajian, 85% dari pasangan yang telah berkahwin dan bersama secara kerap dan tidak menggunakan apa2 alat pencegahan kehamilan akan hamil dalam masa setahun.  Sementara 15% lagi hamil selepas 2 tahun mencuba.  Semua tu adalah ketentuan Tuhan, tapi tak salah jika kita berusaha, cari apa2 saja yang dapat membantu berjaya hamil.  Setiap masalah mesti ada punca dan penyelesaiannya kan...

Punca Ketidaksuburan Wanita

1.  PCOS (Polyaystic Ovarian Sindrom)
  • Masalah telur tidak matang
  • Badan tidak menghasilkan hormon wanita (estrogen) yang cukup.
  •  Hormon lelaki (androgens) tinggi dalam badan dan menyebabkan gangguan terhadap penghasilan telur matang di dalam ovari.
  • Ujian hormon melalui darah boleh mengesan masalah ini.


2.  Masalah rahim
  • Rahim bicornuate (rahim membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai ruang agak sempit di bahagian atas), keadaan ini menyebabkan janin tidak dapat menempel di rahim.

3.  Tiup fallopian tersumbat

  • Akibat jangkitan kuman yang berterusan dan lama
  • Kehamilan luar rahim (hamil Ectopic) dimana janin menempel di dalam tiup fallopian sehingga boleh menyebabkan tiup tersebut dipotong bagi mengeluarkan janin itu.
  • Tempelan tisu parut
  • Ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengesan masalah ini.



4.  Endometriosis
  • Terjadi apabila lapisan endometrium (tisu di selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim.
  • vagina scan dapat mengesan kewujudan endometriosis dan laparoscopy akan membantu mengatasi masalah ini.

5.  Fibroid / cyst
  • Fibroid rahim ialah keadaan di mana ketumbuhan fibroid di dalam di dalam rahim atau berdekatan dengan rahim.  Ia boleh membesar dan menyebabkan sakit yang teruk semasa datang haid.
  • Cyst juga tumbuh di kawasan rahim, ovari, tiup fallopian dan kawasan pembiakan lain.
  • Pemeriksaan ultrasound boleh dibuat untuk kenalpasti masalah.
6.  Sistem imun menyerang sel gamet (ovum & sperma)
  • Jarang berlaku, keadaan di mana sistem imunisasi membentuk antibodi yang menyerang sel telur apabila badan tidak dapat mengenalpasti sel.  
  • Antibodi juga menyerang sperma dan menyebabkan sel sperma tidak dapat memasuki rahim dan tiup fallopian untuk persenyawaan.

Saya juga ingin kongsi dengan adik kakak semua tentang tips mengatasi masalah ketidaksuburan atau panduan mudah hamil dari Pakar Sakit Puan Malaysia yang terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat.

PANDUAN MUDAH HAMIL

Oleh : Dr Hamid Arshat

1. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.

2. Lebih 80% akan hamil dalam masa satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid, sila jumpa doktor secepat mungkin untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri dalam tahap terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu membuat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke-14 jika pusingan haid 28 hari dan subur hari ke-16 jika pusingan haid 30 hari. Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu badan yang diukur setiap hari dan paling mudah gunakan ovulation test kit yang boleh dibeli di Farmasi Aktif, Melaka.

6. Hubungan seksual berselang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami terbaik dalam tempoh 48 jam. Baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk mendapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.

Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal di bawah pinggang selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang pergi bercuti (honeymoon) di tempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua-dua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan. Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, berkebun, cuci kereta atau cuci rumah.

Buat senaman yoga, tai-chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah s.w.t. Baca Al-Quran 2-3 mukasurat setiap hari. Kawal perasaan marah dan sentiasa bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur / ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaik-baiknya 70% makanan terdiri daripada bahan-bahan segar / fresh mentah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods .

10. Makan supplement multivitamis, vitamin E dan C, serta folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Ok..jika dilihat pada panduan yang ke 10, supplement adalah satu keperluan untuk melengkapkan lagi kekurangan nutrisi seharian kita dan penting untuk kesuburan kita. Jadi untuk masalah kesuburan wanita, Shaklee ada set khas untuk masalah ni.

SET KESUBURAN WANITA SHAKLEE




VITALEA
  • mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral - membekalkan dan mengimbangi nutrien dalam badan
B-COMPLEX
  • mengandungi asid folik - membantu sistem reproduktif yang sihat, meredakan tekanan dan stress.  Penting untuk merancang kehamilan.
VITAMIN C 500MG SUSTAINED RELEASE
  • merupakan vitamin antioksidan yang kuat - menghapuskan radikal bebas, meningkatkan sistem imunisasi.
ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN)
  • mengandungi protein yang tinggi dan isoflavone - penting untuk penghasilan hormon wanita estrogen
GLA COMPLEX
  • mengandungi 300mg GLA, minyak sunflower dan vitamin E - memperbaiki kitaran haid dan menstabilkan tahap hormon badan. Menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.
ALFALFA COMPLEX
  • mengandungi 300gm Alfalfa - mengatasi masalah keputihan yang mengganggu kesuburan, masalah haid yang tidak teratur dan PMS.
COQHEALTH 
  • mengandungi proprietari 100mg CoQ10 -meningkatkan mutu ovum dan menghasilkan ovum matang untuk disenyawa.
Nasihat saya kepada adik kakak semua yang masih mencuba untuk hamil, buatlah pemeriksaan doktor dahulu sebelum mencuba apa2 cara tips, makan apa2 produk.  Bila dah kenalpasti apa masalah dalam kita, mudah untuk kita memilih apa yang paling sesuai tuk merawat atau mengatasinya.  
Ini dari pengalaman saya sendiri juga, saya mengetahui ada ketumbuhan endometriosis di kedua2 belah ovari 4 tahun yang lepas.  Saya tergerak hati untuk jumpa doktor pakar sakit puan sebab sering senggugut teruk dan aliran darah haid yang banyak sejak remaja lagi.  Selepas vagina scan, doktor sah ada endometriosis.  Keesokkan hari juga doktor buat apointment tuk lakukan laparoscopy tuk buang endo.  Selepas 1 bulan bedah, saya terus ambil supplement tuk kesuburan. TAPI HARUS INGAT Bukan kita perempuan sahaja yang perlu buat pemeriksaan, suami kita juga perlu buat pemeriksaan kesuburan tuk mengetahui masalah kedua2 pihak.  OK..NANTIKAN CERITA SETERUSNYA TENTANG USAHA HAMIL SAYA DI LAIN ENTRY K...BYE

Untuk keterangan lebih lanjut...harga special... sila hubungi saya; Pengedar Sah Shaklee:

Gennevie Goh ( id 1169590)
COD : Dalat, Oya, Mukah (Sarawak)
Wassap /sms : 0193438006
Call / sms : 0198362081
Fanpage : www.facebook.com/lovevitloveshaklee

ATAU






No comments:

Post a Comment