Wednesday, November 26, 2014

11 PUNCA SUSU BADAN BERKURANGAN

Helo semua....

Susu badan makin kurang atau merudum? Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka merasai susu bada semakin kurang tetapi sebenarnya tidak.  Mungkin ada masanya segelitir ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya ibu2 betul-betul memahami proses penyusuan, dan mengetahui puncanya, itu akan membantu ibu2 mengatasi masalah ini.



Jom kita sama-sama lihat apa puncanya…

1.  Kurang mengepam

Untuk menghasilkan susu yang banyak, payudara perlu dirangsang (stimulate) sekerap 2 jam sekali. Jangan bosan dan putus asa pam susu walaupun hasil pada mula-mulanya adalah sedikit. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung.
Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak untuk menghasilkan susu juga sudah dikurangkan.



2.  Pengambilan air kosong tidak mencukupi

Ibu menyusu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.  Ini disebabkan air merupakan sumber penting untuk penghasilan susu.  Jika kurang air dalam badan camna nak hasilkan susu yang banyak...sedangkan ibu pun memerlukan air untuk memastikan organ2 badan berfungsi dengan baik kan?



3.  Pengambilan makanan yang tidak seimbang

Sebenarnya susu ibu adalah apa yang ibu makan.  Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Oleh itu, makanlah makanan yang berkhasiat walaupun nak diet2 k...jangan bimbang, semakin banyak menyusu semakin mudah untuk kembalikan bentuk badan yang langsing.



4.  Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 70% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan berkurangan.  Dan masa period, ibu juga banyak kehilangan kalsium yang mana juga mempengaruhi penghasilan susu ibu sebab susu ibu memerlukan 40% kalsium.  Oleh itu, ibu2 menyusu digalakkan mengambil banyak sumber makanan yang mempunyai kalsium seperti susu atau supplement.



5.  Keberkesanan pam

Ramai ibu2 yang mengalami situasi di mana bila pam air susu yang keluar sikit sahaja.  Puncanya ialah pam yang tidak sesuai atau teknik mengepam yang tidak betul. Mungkin juga disebabkan pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.  Sebab tu sangat penting untuk memilih pam susu yang sesuai untuk bentuk payudara kita.



6.  Pengambilan ubat-ubatan

Jika sakit atau demam, sebelum doktor bagi ubat beritahu doktor yang ibu2 tengah breastfeed, minta doktor beri ubat yang selamat untuk BF.  Sebab certain ubat boleh mempengaruhi penghasilan susu badan.  Atau ambil je vitamin, sebab vitamin adalah antioksidan dan penghalang jangkitan serta penambah antibodi yang paling baik.



7.  Pengambilan pil perancang

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Terdapat dua jenis pil perancang keluarga iaitu sejenis pil yang mengandungi 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi 1 jenis hormone.  Pil perancang yang mengandungi hormon progestron merupakan pil yang sesuai untuk ibu yang menyusu.
Pil perancang Noriday adalah selamat untuk ibu menyusu.



8.  Mengandung

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.



9. Anak dah mula makan solid food

Bila anak dah mula makan solid food, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu. Ibu boleh kerapkan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula makan solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus.

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.



10. Stress dan letih

Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu.
Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.



11.  Kurang menyusukan anak

Terdapat di kalangan ibu2 yang menjadualkan masa anak menyusu.  Sebenarnya cara yang terbaik ialah ikut signal anak ingin menyusu.  Jika anak kurang menyusu, payudara akan jarang dikosongkan dan tidak dapat menghasilkan susu baru.  Oleh itu, jangan jadualkan penyusuan dan pastikan kedua2 belah payudara kosong setiap kali menyusukan anak.  Jika anak dah berhenti menghisap, pam keluar susu.




Ibu2 menyusu sangat memerlukan supplement untuk membantu sentiasa bertenaga dan membantu dalam penghasilan susu ibu...ini adalah antara set penyusuan yang dicadangkan untuk ibu2 menyusu:



Untuk mengetahui cara meningkatkan jumalh susu badan, sila baca TIPS SUSU BADAN MERIAH.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi PENGEDAR SAH SHAKLEE:

GENNEVIE GOH (ID 1169590)
COD KAWASAN :  DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU/ GDEX :  SELURUH MALAYSIA
WASSAP/ SMS : 0193438006

ATAU KLIK BAWAH UNTUK ORDER ATAU DAFTAR AHLI

ORDER NOW

 JOIN SEKARANG



No comments:

Post a Comment