Friday, November 21, 2014

PERSEDIAAN BERSALIN..KEMAS BEG HOSPITAL ANDA.

Selamat kembali semua pembaca...

Bagi bakal-bakal momie di luar sana...mesti ada yang awal2 dah beli macam2 barangan baby kan?  Dulu sya pun macam tu juga masa mula2 pregnant..bila kandungan dah masuk 2nd trimester, dah teruja sangat nak beli barangan baby hinggakan suami kata selepas tau jantina baby baru beli..  Tapi saya tetap 'cuti-curi' beli juga, mana tahan tengok barangan baby 'cute2 semua'...hehehe.  TAPI bakal2 ibu tau tak apa persiapan yang diperlukan sebelum bersalin?   Di sini saya ingin kongsi dengan bakal2 momie semua keperluan sebelum bersalin yang perlu ada dalam beg hospital anda.





LANGKAH PERSEDIAAN

1.  Adalah lebih elok jika segala keperluan disediakan seawal menjelang minggu ke-36 agar momie2 comel semua tak kelam kabut bila dah tiba masanya nanti.  Selain itu bila tiba-tiba bakal2 momie semua dah mulai rasa sakit bersalin, suami atau orang di sekitar tidak perlu lagi panik  untuk mencari dan menyiapkan barangan yang perlu di bawa ke hospital atau klinik.

2.  Sediakan beg hospital dan kemaskan semua keperluan dalam beg.  Jika boleh sediakansatu senarai semak agar dapat memudahkan bakal momie semua mengenalpasti semua barangan dah lengkap.

3.  Seelok-eloknya letakkan beg tersebut di tempat yang mudah diambil atau kalau perlu letakkan saja dalam kenderaan anda terutama bagi bakal momie yang bekerja...mana tau kan tengah2 kerja tiba2 rasa kontraksi kan..

4.  Maklumkan persiapan beg yang telah bakal momie semua lakukan tersebut kepada orang di sekitar terutama suami, keluarga atau kawan.


Berikut adalah antara barangan keperluan yang disenaraikan:

- Buku merah / catatan pemeriksaan rutin doktor
- 2 pcs stokin
- 1 pack pad maternity
- 2 pcs skarf ibu bersalin
- 2 pcs baju kancing depan untuk menyusu
- 2 pcs baju panjang hamil / kain batik
- 1 pack breast pad disposible or washable
- 2 pcs BH menyusui
- 2 pcs seluar dalam / jenis pakai buang
- 2 pcs pampers bayi
- 1 pcs baju salinan bayi
- 1 pcs bendung bayi
- 1 pcs topi bayi
- 1 pcs selimut bayi
- 2 pasang sarung tangan dan kaki





Keperluan di peringkat awal bersalin
Kemungkinan besar anda akan memerlukan:

1.  Stokin
Percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran. .

2.  Lotion atau minyak
JIka anda ingin diurut semasa menunggu untuk bersalin.

3.  Pelembap bibir
Biasanya semasa menunggu di bilik bersalin, ibu2 yang bakal bersalin tidak dibenarkan minum banyak air.  Bibir mungkin jadi kering.

4.  Buku, majalah atau alat muzik
Boleh membantu menenangkan semasa menanti saat melahirkan.

5.  Snek atau minuman
Sedikit makanan untuk membolehkan anda terus bertenaga.


Boleh gunakan CHECKLIST ini atau boleh rujuk gambar ini.


Sebaik sahaja bakal momie semua selesai mengemas beg hospital, ingatkan diri anda tentang Tanda-tanda awal kelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu hendak bersalin.

Sebelum bersalin, bakal momie juga boleh menyediakan supplement untuk diamalkan semasa berpantang nanti.  Ini adalah cadangan supplement Shaklee yang boleh diambil semasa berpantang:



Untuk keterangan lanjut tentang kebaikan supplement tersebut boleh baca TIPS SIHAT BERSERI SEMASA BERPANTANG.


Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk boleh hubungi saya:

GENNEVIE GOH (PENGEDAR SAH SHAKLEE)
ID : 1169590
COD KAWASAN : DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU / GDEX :  SELURUH MALAYSIA
WASSAP /SMS : 0193438006

ATAU






No comments:

Post a Comment