Monday, November 24, 2014

12 CARA ATASI KESEDIHAN

Dalam hidup kita, tak sentiasa rasa bahagia...kadang2 kita gembira, kadang2 sedih, kadang2 tenang, kadang2 kita akan marah...semua tu perasaan yang normal, pasti akan ada perubahan perasaan,  sama ada dipengaruhi oleh orang sekeliling, persekitaran atau diri sendiri. Terpulang pada kita sendiri bagaimana nak atasi semua perasaan daripada terus memakan diri.  Jangan biarkan perasaan menguasai diri kita tapi kita yang harus mengatasi perasaan kita.


Saya sendiri paling tak suka bila rasa sedih, perasaan tu sangat sakit hingga kita akan rasa lemah, tidak tenteram, apa yang dibuat semua jadi tak kena...
Kemuncak kesedihan saya ialah pada 12 Februari 2014 dimana ibu tersayang pergi meninggalkan kami adik-beradik secara mengejut.  Sedangkan pada pagi sebelum saya turun kerja arwah mak masih sihat.  Baru 2 jam saya ditempat kerja, saya telah dimaklumkan oleh kakak ipar mak telah tiada...saya meraung semahu-mahunya sepanjang perjalnan balik dari tempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 1 jam.  Menurut doktor, mak meninggal kerana 'query strok'.  Hampir 3 bulan saya tak dapat mendengar orang sebut tentang arwah mak, pasti saya akan rasa sebak...saya mengelak untuk bertemu saudara terdekat, saya jarang keluar rumah selain daripada pergi kerja...semua kerana untuk elak kesedihan tu terus pendam dalam diri saya?

TAPI sampai bila saya nak mengelak, nak seksa diri sendiri...( saya yakin arwah mak pun tak suka)...Dan saya mula sedar, saya jadikan anak sebagai kekuatan diri.  Hinggakan macam2 cara saya akan lakukan untuk 'buang' rasa sedih.  Syukur, perasaan itu semakin hilang sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa...walaupun masih ada rasa rindu dan hiba bila terkenangkan arwah mak.

Ini antara cara2 yang biasa saya lakukan untuk atasi rasa sedih:

1.  Sibukkan diri

Biasanya masa sedih saya suka kemas rumah, cuci apa saja yang patut seperti kereta dan sebagainya...bila kita sibukkan diri dengan macam2 kerja, secara tak langsung kita akan lupa sejenak kesedihan kita.  Itu lebih baik daripada kita duduk diam sambil mengenang kesedihan.



2.  Conteng/ lukis atau tulis atas kertas

Sebenarnya menconteng atau melukis boleh menggambarkan perasaan kita.  Kadang2 kita tak dapat menceritakan apa yang kita rasa pada orang lain dan orang lain takkan faham kesedihan kita...cara paling baik ialah luahkan di atas kertas.  Setelah puas lukis atau tulis, boleh buang kertas tu sepertimana kita nak buang perasaan sedih yang ada...


3.  Mendengar muzik

Muzik adalah terapi yang baik untuk hilangkan kesedihan.  Anda boleh pilih muzik atau lagu yang anda suka...TAPI seelok-eloknya pilihlah muzik yang rancak, yang dapat mengubah perasaan sedih kepada perasaan tenang.  Saya sendiri suka dengar lagu rock dan rancak masa sedih (mungkin pengaruh dari suami yang gemar lagu rock..hehe).  Dan akan lebih berkesan jika nyanyi bersama lagu yang kita dengar seolah2 kita lepaskan perasaan tersebut.



4.  Menonton cerita komedi/ lawak atau kartun yang lucu

Menonton cerita lawak akan membuatkan kita lupa kesedihan yang ada walaupun seketika...kita akan rasa lebih tenang selepas ketawa.  Dan YA mungkin juga kita akan ketawa dalam tangisan, itu lebih baik daripada kita terus memendam perasaan sedih dan rasa tertekan. Saya sendiri sering alami, tapi itu yang membantu hilangkan rasa kesakitan akibat kesedihan.



5.  Cuba berbual dengan orang lain

Berbual di sini bukan semestinya kita perlu meluahkan apa yang kita rasa. (Kadang2 bukan semua kesedihan kita akan cerita pada orang lain kecuali orang yang betul2 kita percaya dan kita yakin untuk ceritakannya).  Kita boleh bercerita tentang kenangan lucu atau lawak yang boleh buat kita rasa lebih tenang.  Ini lebih baik daripada kita terperuk di dalam bilik atau tempat sunyi yang boleh membuat kita rasa lebih sedih.



6.  Mandi

Mandi?  Mesti ada yang rasa pelik dan lucu kan...sebenarnya mandi juga merupakan salah satu terapi yang baik untuk hilangkan kesedihan.  Haaa...pernah tak tengok dalam cerita kenapa watak2 dalam cerita akan mandi atau membasahkan tubuh dengan air yang mengalir dari 'shower' bila sedih?  Sebenarnya air itu yang akan menyegarkan badan kita, bila  dah rasa segar automatik hati kita juga akan rasa lebih tenteram..kalau nak tau betul atau tak, cuba sendiri k...



7.  Menangis sepuas-puasnya

Orang selalu anggap orang yang menangis adalah orang yang lemah.  Menangis lebih baik daripada pendamkan kesedihan dan menangis takkan melemahkan kita, tetapi akan mengutkan lagi jiwa kita.  Tidak kira lah lelaki atau perempuan, keluarkan lah air mata jika itu jalan terbaik dan terakhir yang ada untuk buat jiwa lebih tenang.  Tak perlu segan atau ditahan-tahan sebab itu akan membuatkan kita lebih sakit lagi.



8. Berdoa dan berserah pada Tuhan

Jangan sesekali lupa padaNya bila gembira atau sedih.  Mohonlah pengampunan pada Tuhan dan mohonlah untuk ketenangan jiwa.  Kerana setiap kejadian dalam hidup sama ada bahagia atau sedih adalah satu cabaran, satu ujian daripadaNya.  Dan sentiasa ingat Tuhan tidak akan bagi ujian yang tidak mampu kita tempuhi dan lebih ramai lagi di luar sana yang menerima ujian lebih hebat dariNya..DAN APA JUA AGAMA KITA, INGATLAH TUHAN SENTIASA ADA BERSAMA.




9.  Tidur

Ambil masa untuk tidur.  Tapi jangan bawa perasaan sedih itu dalam tidur, cuba kosongkan minda sebelum tidur supaya otak kita dapat berehat dengan baik.  Otak kita akan berehat dan kembali normal semasa kita tidur.  Oleh itu kita akan rasa lebih tenang selepas bangun tidur.



10.  Keluar jalan-jalan

Cuba ajak adik-beradik, keluarga atau kawan untuk keluar jalan-jalan atau ambil angin.  Elakkan tempat2 yang boleh menyebabkan kita terkenang balik kesedihan.  Pergi tempat yang mempunyai permandangan indah supaya dapat menenangkan jiwa.  Boleh pilih pantai untuk tenangkan jiwa...kalau tak cukup dengan mendengar bunyi ombak dan angin sepoi2 bahasa...kita boleh jerit sekuat2 hati untuk lepaskan rasa yang terpendam...



11.  Luahkan pada orang yang anda percaya

Jika semua di atas dah buat masih rasa tak tenang, cuba luahkan pada orang paling anda boleh percayai dan harapkan.  Saya sendiri memilih adik dan suami saya sebagai tempat luahkan perasaan dan mereka boleh jadi pendengar yang baik.  Jika anda segan atau agak berat untuk luahkan pada kawan atau saudara...boleh luahkan secara maya, contohnya facebook atau blog...mungkin pembaca lain boleh memberi nasihat dan kata2 semangat pada anda.



12.  Makan

Makan di sini bukan bermaksud makan apa saja...makanlah snek seperti kacang, kismis, buah-buahan.  Pendek kata snek yang berkhasiat.  Boleh juga makan coklat sebab coklat akan memberi satu rasa gembira, tenang dalam jiwa.  Kalau tak percaya boleh cuba...(sebab tu orang suka bagi coklat pada pasangan mereka tau...).



Jika anda dalam keadaan sedih, bolehlah cuba cara2 saya seperti di atas...mana tau salah satu daripada caranya akan membuat anda melupakan rasa sedih anda.

Akhir sekali daripada saya untuk pembaca semua....mungkin kata2 hikmah ini juga berguna kepada anda:

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan".
"Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, boleh hubungi saya pada bila2 masa:
PENGEDAR SAH SHAKLEE
 GENNEVIE GOH (ID 1169590)
COD KAWASAN :  DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU/ GDEX :  SELURUH MALAYSIA
WASSAP/ SMS : 0193438006

ATAU

KLIK BAWAH UNTUK ORDER ATAU DAFTAR AHLI
 ORDER NOW

 JOIN SEKARANG






No comments:

Post a Comment