Sunday, November 23, 2014

TIPS SUSU IBU MERIAH

SUSU IBU adalah makanan TERBAIK untuk bayi anda.
Dulu semasa mengandungkan kandungan pertama, saya telah menanam niat untuk menyusukan bayi saya sehingga umur 2 tahun.  Kalau boleh saya nak 'full breastfeeding', tetapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, saya hanya dapat menyusukan bayi saya sehingga 8 bulan sahaja...memang rasa sedih sangat masa tu...Oleh itu, hari ini saya ingin share bersama ibu-ibu di luar sana atau yang sedang mencari kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu. Dan saya ingin menyeru pada ibu2 semua, kalau boleh dan mampu...berilah susu ibu kepada bayi anda dan teruskanlah penyusuan sehingga anak anda berusia 2 tahun.



KAEDAH MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
  • Menyusu dengan kerap
  • Menyusu dengan kedua-dua belah payudara.  Jika bayi didapati letih menghisap, cuba bertukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua belah payudara adalah kosong atau bayi tidak menghisap lagi.
  • Pastikan anda menyusu bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.
  • Jangan jadualkan penyusuan, tapi ikut isyarat kelaparan bayi untuk menyusu.
  • Menyusu pada waktu malam kerana penghasilan susu pada waktu malam adalah banyak.
  • Menyusu secara kerap dalam masa yang singkat pada sebelah malam pada bayi terutama sebelum bayi tidur. ( memberi susu secara gugusan)
  • Pamkan payudara dengan menggunakan pam manual atau pam elektrik selepas menyusu bayi untuk memastikan payudara kosong.
  • Bogelkan bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena.
  • Teknik urutan payudara yang betul untuk membantu susu mengalir dengan lancar.
  • Pastikan anda dalam keadaan relax dan rehat semasa menyusu bayi kerana tekanan atau stress akan menggangu penghasilan susu ibu.
  • Tidak digalakkan tidur meniarap pada waktu malam.  Ini boleh memampatkan payudara dan menghalang penghasilan susu.  Posisi tidur semasa hamil juga menyumbang kepada penghasilan susu.
  • Gunakan 'baby sling' di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu bayi sedang tidur.
  • Elakkan memberi puting tiruan kepada bayi.
  • Elakkan mengambil pil perancang semasa anda masih menyusui bayi.
  • Minum sekurang-kurangnya 2 gelas air sebelum menyusu bayi.
  • Cuba elakkan pengambilan minuman berkafein kerana ia akan mempengaruhi bayi anda.
  • Makan makanan yang seimbang dengan kandungan protein yang banyak.
  • Tumpukan fikiran pada susu dan bayi semasa menyusu kerana ia dapat membantu penghasilan susu.
  • Bincang dengan doktor anda tentang pengambilan supplement untuk membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

TUMBUHAN ATAU MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU PERBANYAKKAN SUSU BADAN




1.  Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

2.  Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

3.  Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

4.  Daun sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

5.  Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

6.  Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..

7.  Lobak merah

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

8.  Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

9.  Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

10.  Daun pucuk paku

Rebus pucuk paku hingga lembut atau separuh masak.  Boleh makan begitu saja bersama nasi atau digoreng bersama ikan bilis.


Selain kaedah dan petua makanan di atas...ibu2 yang ingin memperbanyakkan susu ibu dicadangkan mengambil supplement seperti yang saya sendiri amalkan semasa menyusukan bayi saya dulu...antara supplement yang boleh diambil adalah seperti berikut:

SET PENYUSUAN 3M




1.  ESP ( ENERGIZING SOY PROTEIN)

-Sumber protein untuk sel-sel badan.  Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
-Mengawal keseimbangan bendalir dalam badan, memekatkan susubadan dan memberi rasa kenyang kepada anak anda.

2.  VITALEA

-Multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk keperluan tubuh badan.
 -Formula yang lengkap dengan zat besi membantu dalam membantuk sel darah merah agar tidak mudah letih dan penat.
-Membantu melengkapkan nutrisi dalam badan yang penting untuk penyusuan.

3.  VITA-C

-Merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.
-Meningkatkan sistem imunisasi.
-Membantu pembentukan kolagen yang penting untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan.

4.  ALFALFA COMPLEX

-Merupakan 'milk booster' terbaik
-Merangsang dan mempercepatkan penghasilan susu ibu dan membantu mengawal pergerakan usus.

5.  B-COMPLEX

-Membantu dalam melawan tekanan dan stresa kerana ibu yang tertekan akan mempengaruhi pengeluaran susu badan.
-Membantu dalam kestabilan urat saraf.
-Menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal pada bayi.

6.  OSTEMATRIX

-Susu ibu mengandungi 40% kalsium. Keperluan kalsium adalah untuk pembinaan tulang dan gigi anak yang kuat.
-Mencegah berlakunya kebas2 dan lenguh2 badan akibat kekurangan kalsium pada ibu.  Ibu menyusu memerlukan lebih kalsium berbanding wanita yang tidak hamil dan menyusu.

Selain daripada SET PENYUSUAN 3M, kami juga menyediakan set penyusuan mengikut bajet ibu2 semua...



OK sampai di sini saja untuk hari ni...teruskan membaca di entry seterusnya...nantikan ya...Bye semua..


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, boleh hubungi pengedar sah Shaklee anda:

GENNEVIE GOH (ID 1169590)
COD KAWASAN : DALAT, OYA, MUKAH
POSLAJU/ GDEX : SELURUH MALAYSIA
WASSAP/ SMS : 0193438006

ATAU

KLIK BAWAH
 ORDER NOW



No comments:

Post a Comment