Thursday, November 20, 2014

INGIN HAMIL? TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI..

INGIN HAMIL? DAH LAMA BERUMAHTANGGA TAPI MASIH BELUM MEMILIKI ZURIAT?

Apapun usaha yang dilakukan untuk hamil perlu dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan.



Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.


KESUBURAN LELAKI

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.


Faktor Penyebab:

Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan tesFAKYOtis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma

Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat

Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi




Makanan dan Supplement yang membantu mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki:

1.  Zink

- tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.


2.  CoQ10
- meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur

Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.


3.  Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus.

Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.


4.  Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.  B12 dapat meningkatkan jumlah sperma

Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.


5.  Vitamin C
- Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.

Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.



UNTUK KESUBURAN ISTERI BOLEH KLIK SINI

Sebarang pertanyaaan boleh ajukan kepada:

GENNEVIE GOH (PENGEDAR SAH SHAKLEE)
ID : 1169590
COD KAWASAN : DALAT, OYA, DALAT
POSLAJU / GDEX : SELURUH MALAYSIA
WASSAP / SMS : 0193438006

ATAU





No comments:

Post a Comment